Thursday, June 13, 2013

Harimau Malaya Kalah Perlawanan Terakhir

Posted by Unknown On 8:00 PM | No comments


KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka selepas kalah 2-0 kepada juara National Premier Leagues-New South Wales (NSW), Marconi Stallions FC, 2-0 di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, hari Khamis. Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian. Dua gol pasukan tuan rumah pada perlawanan hari ini dijaringkan Milorad Simonovic dan Tadgh Purcell, masing-masing pada minit ke-42 dan 45. Jelajah itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Okt depan. Sebelum pertemuan itu, skuad Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC dan gergasi Sepanyol, FC Barcelona masing-masing pada 21 Julai dan 10 Ogos depan. – BERNAMA Iklan Teks:

0 comments:

Post a Comment