Monday, May 27, 2013

Siapa yang tak berasa syahdu apabila mendengar lagu terbaru nyanyian Bruno Mars, When I Was Your Man kan.. Lagu yang dibikin cukup indah melodi dan liriknya itu turut menarik minat seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Kai yang merupakan seorang bintang Youtube untuk menyanyikan kembali lagu tersebut. Baru-baru ini, Kai telah dijemput menjadi tetamu undangan rancangan The Ellen DeGeneres Show dan dia telah menunjukkan bakatnya menyanyikan lagu tersebut dengan cara dan gayanya yang tersendiri. Sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu itu, penonton telah menghadiahkan tepukan yang gemuruh buat Kai yang comel itu. Jom kita layan dulu video Kai ini ya! Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment