Monday, May 27, 2013

Neymar Umum Sertai Barcelona

Posted by Unknown On 1:07 AM | No comments
Bintang Brazil, Neymar menerusi akaun Instagram miliknya hari ni menyatakan yang dia bakal menyertai Barcelona, musim depan sekali gus memberi tamparan hebat buat Real Madrid yang turut berminat mendapatkan khidmat penyerang muda itu.
“Pada Isnin (esok), saya akan menandatangani kontrak dengan Barcelona. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Santos untuk sembilan tahun yang cukup hebat ini,” kata pemain berusia 21 tahun itu.
Santos menerima tawaran daripada Barcelona dan Real yang mahu membeli Neymar daripada kelab Brazil itu tetapi selepas pendedahan Neymar, Barcelona akhirnya mengesahkan perpindahan itu.
“Barcelona dan Santos sudah bersetuju dengan terma-terma untuk mendapatkan Neymar. Penyerang Brazil itu akan menyarung jersi Barcelona untuk lima musim akan datang,” demikian kenyataan dalam laman web rasmi kelab Sepanyol itu.
Iklan Teks:

0 comments:

Post a Comment