
Zalora Malaysia buat julung kali berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan yang dilihat mampu menjana industri e-perniagaan di Malaysia.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Zhiwei Tan yang hadir pada majlis pelancaran koleksi ‘Rizalman for Zalora’ di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.
Menurut beliau, kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan merupakan salah satu kejayaan luar biasa buat Zalora.
“Koleksi yang ditampilkan sangat menarik dan kami tidak sabar untuk membawa produk kami ke pasaran Malaysia dan Brunei.
“Kami sukakan gaya dan rekaannya. Itulah sebab kenapa kami memilih untuk bekerjasama dengan Rizalman,” jelas Zhiwei ketika ditemubual MyNewsHub.
Menurut Zhiwei, Zalora Malaysia sentiasa menyokong industri fesyen tempatan apabila mereka sebelum ini turut bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan yang lain.
Pada masa yang sama, Zhiwei menyifatkan industri ‘e-commerce’ atau e-perniagaan di Malaysia masih ditahap baru.
“Kami sentiasa mencari peluang untuk memajukan pasaran dan kami juga berharap dengan kolaborasi bersama pereka tempatan ia akan membantu meningkatkan industri e-perniagaan secara berkala,” kata Zhiwei.
Zalora Malaysia yang merupakan pusat membeli-belah online yang paling pesat berkembang dilihat bukan sahaja menjadi medium kemajuan e-perniagaan, malah syarikat itu juga dilihat sebagai medium pendidikan e-perniagaan.
“Kami bukan sahaja ingin memberi 100 peratus kepuasan pelanggan, malah kami ingin menunjukkan bahawa urusniaga dalam talian adalah sangat mudan dan konvensional,” ujar Zhiwei.
Kolaborasi Rizalman bersama Zalora menampilkan 23 rekaan berbeza kini telah berada di pasaran.
Untuk melihat dengan lebih lanjut berkenaan produk tersebut, layari www.zalora.com.my


Oleh: HARITS ASYRAF
0 comments:
Post a Comment