Sunday, October 6, 2013

Isteri berkemban bersama duda

Posted by Unknown On 7:56 AM | No comments



Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.
Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.
“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.
“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.
“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya.

KUALA SELANGOR – Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita. 
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan. 
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ. 
“Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana ‘emak dah mati’. 
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah. 
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu. 
“Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini,” katanya. 
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang. 
Terkenal sikap suka ‘perang besar’ 
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka. 
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati. 
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan,” katanya. 
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka ‘berperang’ besar. 
“Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan,” katanya. 
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka. 
“Sebelum ini ada juga mereka ‘hilang’, tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan. 
“Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?” katanya. 
Anak-anak tak banyak karenah 
Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar. 
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka. 
“Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam. 
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai ‘amanah’ ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati,” katanya sebak. 
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut. 
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini. 
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya. – Sinar Harian
NOTA TFK:
Ibu bapa yang perangai mereka lebih hina berbanding BABI HUTAN, BABI KALER PINK MAHUPUN BABI KETUAT itu seharusnya mendapat hukuman yang sewajarnya. Hukuman paling ketara ialah, pisahkan mereka terus daripada ketujuh-tujuh orang anak malang tersebut. Mereka tidak boleh dibenarkan menghubungi anak-anak tersebut. Bahkan pasangan berkenaan, perlu dikurung bersama-sama BABI dan ANJING agar mereka dapat sekurang-kurangnya bagaimana menjaga dan mendidik anak mengikut kaedah terhina!!!
Maaf cakaplah, ANJING dan BABI jauh lebih baik menjaga anak berbanding pasangan berkenaan!
Ada peruntukan dan ada undang-undang di negara ini bagi ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Diharapkan dalam masa yang singkat, pihak berkuasa dapat mengesan dan mengheret pasangan ini ke muka pengadilan. Sekurang-kurangnya dapat menjadi teladan kepada ibu bapa yang lain, yang mendapat anak bukan kerana mereka hendak anak, tetapi kerana TIDAK SENGAJA ketika kesedapan berhubungan syahwat!!!

Hanya kerana aku janda?

Posted by Unknown On 7:48 AM | No comments
Azharina mengakui selesa hidup solo selepas enam tahun bergelar janda.
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Elegi Sepi iaitu Azharina mengakui lelaki takut mendekatinya selepas bergelar janda sejak enam tahun lalu.

Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 28, berkata, disebabkan perkara itu juga dia masih solo namun mengakui selesa dengan statusnya itu.

"Orang akan ingat saya jenis yang memilih atau sudah serik untuk berumah tangga tetapi sebenarnya lelaki takut hendak dekat dengan saya selepas bergelar janda,' katanya kepada mStar Online.

Bagiamanapun kata Azharina atau lebih mesra dengan sapaan Nina, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sebelum ini namun hubungan tersebut tidak kekal lama.

Jelas Nina, lelaki yang cuba rapat dengannya itu tidak dapat memahami kariernya sebagai seorang penyanyi tambahan pula jadualnya padat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Bukan tidak ada yang cuba tetapi hubungan itu tak dapat bertahan kerana saya sangat mengutamakan karier berbanding percintaan tetapi saya tidak kisah kerana menganggap jodoh belum sampai," jelasnya.

Tambah Nina, walaupun keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri menembal dalam dirinya namun selepas enam tahun hidup bersendirian dia tidak melihat perkahwinan sebagai keutamaan pada masa ini.

"Apabila tengok adik-beradik yang telah berkahwin dan mempunyai anak rasa cemburu juga tetapi saya tidak tertekan hidup menjanda malah lebih berdikari," ujarnya.

Dalam pada itu, Nina berkata, dia sebelum ini tidak berniat untuk merahsiakan status perkahwinannya daripada pengetahuan umum sebaliknya memberitahu dia tidak mempunyai pilihan.

Jelas Nina, bekas suaminya tidak mahu perkahwinan mereka diketahui umum dan dia telah berjanji untuk tidak membocorkan mengenai perkara itu kepada pihak lain.

"Saya buat begitu kerana diberi kata dua oleh bekas suami dan sebagai isteri saya perlu taat kepadanya. Jika perkara itu terbongkar saya akan diceraikan dengan talak tiga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nina berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya iaitu Pergilah Cinta dan akan melakukan strategi pemasaran berbeza bagi mempromosikan lagu itu.
Bangga Tunjuk Gambar 'BEROMEN' Kat FacebookAPALAH nak jadi dengan remaja sekarang.
Kami terima ‘printscreen’ satu akaun Facebook mengenai bagaimana sepasang kasih dengan bangganya meletakkan gambar mereka dalam keadaan intim untuk tatapan ramai.
Mereka seolah-olah ‘teruja’ dengan kelakuan yang cukup hina itu.
Kita tidak tahu sejauh mana hubungan yang terjalin di antara kedua-duanya – mungkin juga mereka dah bergelar suami isteri namun ia bukan lesen untuk menujukkan rahsia ‘bilik tidur’ mereka untuk tujuan perkongsian ramai.
Anda nilailah sendiri…
Bangga Tunjuk Gambar 'BEROMEN' Kat Facebook
Hubungan antara pelakon jelita, Nora Danish dengan anak VVIP, Mohamed Nedim Mohamed Nazri semakin menjadi perbualan hangat di mana terbaru, pelakon filem ‘Bencinta’ ini dikatakan menerima hadiah sebuah kereta Ferrari dan rumah banglo bernilai RM7.2 juta dari jejaka tersebut.

Walaupun sebelum ini Nora tidak mendedahkan status hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, namun pembelian kereta serta rumah banglo mewah tiga tingkat tersebut sedikit sebanyak menunjukkan hubungan mereka lebih sekadar teman biasa.

Menghadiri pertandingan ‘Fruitale Star Search’ yang diadakan di Mydin Subang Jaya petang Sabtu, membuka peluang kepada GUA untuk bertemu dengan duta Fruitale itu bagi mendapatkan penjelasaannya mengenai hadiah mewah yang diterimanya.

“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora kepada GUA.

“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.”

Ketika pertemuan kami, GUA juga sempat bertanyakan kepada Nora mengenai keterbukaan Nedim di laman sosial miliknya yang menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa. Walaupun Nora sendiri tidak pernah mengiyakan mengenai perkara tersebut, namun kemesraan yang dipamerkan membuktikan yang mereka adalah pasangan kekasih.

“Bagi saya, terpulang pada hak individu dan itu adalah hak dia untuk berbuat demikian. Dia berani untuk bersikap terbuka mengenai hubungan kami namun saya tetap dengan prinsip saya, di mana nak berkahwin baru saya akan umum,” ujar pelakon drama ‘Tentang Dhia’ ini sambil menjawab isu kononnya dia hanya memilih untuk berkawan dengan anak Menteri sahaja.

“Saya berkawan rapat dengan ramai orang dan mereka yang bercakap begitu mungkin tidak kenal rapat dengan saya. Benda lepas banyak mengajar saya dan saya sendiri tidak meletakkan kriteria untuk berkawan dengan sesiapa. Bagi saya, apa yang penting adalah persefahaman dan selagi selesa, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai PAS sejak lima pilihan raya umum (PRU).
Katanya PAS menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi.
"Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di Langkawi  Isnin malam.
Dr Mahathir berkata BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau.
Katanya apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu.
PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.
DUN Sungai Limau yang berada dalam Parlimen P12 Jerai mempunyai tiga kawasan Dun. Antaranya Dun N21 Guar Chempedak dan N22 Gurun. Kawasan Parlimen dan dua Dun semuanya dimenangi BN pada PRU-13 lalu. Wakil Rakyat bagi Parlimen Jerai adalah Datuk Jamil Khir Baharom.

Thursday, June 13, 2013

Zahid AF Sesak Nafas Semasa Berbulan Madu

Posted by Unknown On 8:08 PM | No comments

Baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat lalu, Zahid Baharudin atau Zahid AF telah ditimpa masalah apabila dia dikhabarkan sesak nafas semasa berada di lokasi berbulan madu iaitu di Cameron Highland, Pahang.
Zahid sempat berkongsi gambar dirinya di sebuah klinik dengan bernafas mengunakan topeng bantuan pernafasan oksigen di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Zahid yang merupakan penyampai radio Era FM ini telah selamat diijabkabulkan dengan gadis kelahiran Teluk Intan, Perak iaitu Sarah Julifa Isa.
Buat Zahid semoga cepat sembuh dan selamat melayari bahtera bersama isteri tercinta