Showing posts with label News today. Show all posts
Showing posts with label News today. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Zahid AF Sesak Nafas Semasa Berbulan Madu

Posted by Unknown On 8:08 PM | No comments

Baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat lalu, Zahid Baharudin atau Zahid AF telah ditimpa masalah apabila dia dikhabarkan sesak nafas semasa berada di lokasi berbulan madu iaitu di Cameron Highland, Pahang.
Zahid sempat berkongsi gambar dirinya di sebuah klinik dengan bernafas mengunakan topeng bantuan pernafasan oksigen di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Zahid yang merupakan penyampai radio Era FM ini telah selamat diijabkabulkan dengan gadis kelahiran Teluk Intan, Perak iaitu Sarah Julifa Isa.
Buat Zahid semoga cepat sembuh dan selamat melayari bahtera bersama isteri tercinta

Shaarin, Suami Yasmin Hani Ada Tatu?

Posted by Unknown On 8:07 PM | No comments

Gambar yang seakan-akan tatu di lengan kanan suami kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali telah menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman Instagram milik kedua-dua selebriti tersebut.
Bagaimanapun, Hani telah menerangkan bahawa itu bukanlah tatu kekal sebaliknya merupakan tatu inai boleh dihilangkan serta dibuang pada bila-bila masa.
Biasalah, namapun selebriti…dari hujung rambut sampai hujung kaki akan diperhati!

YASMIN2

Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya.
Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya.
Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi:
shila 2
Dek kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam.
(BACA Hairie Othman Kini Dilayan Umpama Sampah Oleh PR)
shila 3
Teruskan Membaca D

Umpama Sampah…atau habis madu sepah dibuang…itulah pepatah terbaik bagi memperlihatkan nasib pelakon Hairie Othman apabila kini tidak lagi dipandang oleh Pakatan Rakyat (PR).
Jika sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Hairie diusung ke serata negara terutama oleh parti pejuang Islam PAS, kini nasibnya umpama…“ah, pandai kaulah nak hidup…”.
Tulah…dulu bukan main semangat mengutuk kerajaan yang selama ini duk bantu dia sekeluarga dari banyak segi.
Baru faham mainan politik bang…
838(Gambar: Zaman mewah)
Dalam laporan Mingguan Warta Perdana, Hairie mengaku sejak PRU13 tamat, dia umpama tidak wujud lagi di mata PR.
Macam-macam nada sedih dilemparkan kecuali mengakui dirinya diperbodohkan.
Mungkin balasan tuhan kot pasal duk mengutuk kerajaan over-over dulu.
Dan yang paling nyata, nampak sangat Hairie duk beriya-iya menghina kerajaan dulu pasal dia dibayar untuk setiap ceramah yang diberikan…
“Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan,” katanya.
hairie othman gila(Gambar : Zaman mengutuk PM sedap mulut)
Ceh..ingatkan jujur dan ikhlas untuk Islam dan PAS…ropanya berharap…
Dan sampai sekarang masih berharap…
Katanya, kalau bagi tender potong rumput pun jadilah…
Apasal sampai nak merayu kat media ni… dan mintak-mintak tender ni bukan macam kroni ke? Bukan itu ke yang kononnya kau benci selama ni?
Ini macam orang selalu cakaplah…puak pembangkang ni kalau dia buat takpe, orang lain buat kena bising.
Hakikatnya camnilah Hairie…kalau orang dah tak nak kat kau…sedarlah diri…mudah aje…nak merayu-rayu buat apa?
Khidmat kau sampai PRU-13 aje, yakni ketika PAS kemaruk nak menang kerusi pilihan raya…sekarang kau dah takda nilai…
Sekurangnya kerajaan yang kau kutuk tu, kalau ada orang sokong…kerajaan tu ingat jasa dan selalu balas budi…
Untuk PAS ni kau anggap ajelah perjuangan …nak harap balasan dan duit ni apasal?
Iklan Teks:
JAKARTA – Setelah dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP), Jakarta Selatan, mangsa kemalangan yang melibatkan pelakon Ari Wibowo meninggal dunia, Khamis. Pelakon sinetron yang menunggang motosikal berkuasa besar Ducati itu terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu. Sementara itu, Ari turut dilaporkan patah kaki akibat kemalangan tersebut. Sejak tiga hari mangsa berada di rumah sakit, Ari sentiasa berada dan mengikuti perkembangannya tersebut sehingga Allahyarham meninggal dunia. “Dia sudah diberikan rawatan yang terbaik namun kita tidak dapat menolak kehendak Tuhan,” katan Ari seperti dipetik Liputan6.com. Ari yang memberi kerjasama dalam kes kemalangan tersebut turut digugurkan daripada dikenakan apa-apa tindakan. – mStar Iklan Teks:

Malam Amal 3 Diva Ditunda Ke 3 September

Posted by Unknown On 8:02 PM | No comments

PETALING JAYA – Malam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu ditunda kepada 3 September depan. Pengarah Eksekutif, Kaizen Cosmetic, Sulaiman Ngah Dimin selaku penganjur persembahan itu berkata, penundaan tersebut dibuat disebabkan orang kenamaan (VVIP) yang dijemput melancarkan produk keluaran syarikat itu mempunyai aktiviti lain. “Pihak VVIP yang ingin melancarkan produk keluaran Kaizen Cosmetic sempena malam amal itu tidak dapat memberi komitmen kerana beliau mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. “Sehubungan itu pihak kami terpaksa menundanya kepada 3 September depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang Khamis. Dalam pada itu Sulaiman berkata, artis yang terlibat tidak menghadapi masalah dengan penundaan berkenaan sebaliknya mereka bersetuju untuk terus menghiburkan orang ramai pada tarikh baharu. Katanya, orang ramai yang sudah membeli tiket tidak perlu khuatir kerana tiket asal masih sah dan boleh digunakan. Tambahnya, lokasi acara berkenaan tetap tidak berubah iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Selain ketiga-tiga diva berkenaan, persembahan tersebut akan turut diserikan dengan kehadiran Didie Alias, Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak) sebagai pengacara bersama. Maklumat dan keterangan lanjut berhubung penundaan itu boleh dilakukan dengan menghubungi Rahimi di talian 03-62425104 atau 010-2454923. – mStar Iklan Teks:

Perbuatan Pelik! Jilat Bebola Mata

Posted by Unknown On 8:01 PM | No comments
Charlotte Amalie – Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.
“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.
“Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak,” katanya.
Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.
Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.
Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan ‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. – Daily Mail

Harimau Malaya Kalah Perlawanan Terakhir

Posted by Unknown On 8:00 PM | No comments


KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka selepas kalah 2-0 kepada juara National Premier Leagues-New South Wales (NSW), Marconi Stallions FC, 2-0 di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, hari Khamis. Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian. Dua gol pasukan tuan rumah pada perlawanan hari ini dijaringkan Milorad Simonovic dan Tadgh Purcell, masing-masing pada minit ke-42 dan 45. Jelajah itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Okt depan. Sebelum pertemuan itu, skuad Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC dan gergasi Sepanyol, FC Barcelona masing-masing pada 21 Julai dan 10 Ogos depan. – BERNAMA Iklan Teks:

Monday, May 27, 2013

A lesbian couple from Pakistan are seeking asylum in the UK after having defied death threats in order to get a civil partnership. Rehana Kausar, 34, and Sobia Kamar, 29, originally lived in separate parts of Pakistan, and met three years ago after coming to Birmingham University to study business and health care management. Earlier this month they held a civil partnership ceremony in Leeds Registry Office. Relatives of the couple said they had hoped to celebrate their relationship with an Islamic ceremony, but were unable to find an imam willing to conduct one. They have since received death threats from Pakistan and within the UK and are seeking asylum. Their families say they would not be safe if they returned to their native country. “This country allows us rights and it’s a very personal decision that we have taken. It’s no one’s business as to what we do with our personal lives,” Ms Kausar told the Sunday Mercury. “The problem with Pakistan is that everyone believes he is in charge of other people lives and can best decide about the morals of others but that’s not the right approach. We are in this state because of our clergy, who have hijacked our society, which was once tolerant and respected individuals’ freedoms.” A relative said: “The couple did not have an Islamic marriage ceremony, known as a nikah, as they could not find an imam to conduct what would have been a controversial ceremony. “They have been very brave throughout as our religion does not condone homosexuality. The couple have had their lives threatened both here and in Pakistan and there is no way they could ever return there.” Research published earlier this year by the University of Southampton shows LGBT asylum seekers are regularly being asked “inappropriate and insensitive” questions by UK judges. The research, based on interviews with 11 lesbians from countries including Pakistan, Saudi Arabia, Uganda and Jamaica found that the interviewees were frequently disbelieved by immigration judges, and faced questions such as whether they had read Oscar Wilde of attended Pride in an attempt to determine their sexuality.
A gay teenager in Italy who wrote an impassioned letter published in a newspaper has been invited to parliament by the President of the Chamber of Deputies. Davide Tancredi wrote to La Repubblica newspaper in a letter published 25 May: “I am gay, I am 17-years old and this letter is my last alternative to suicide in a troglodyte society; in a world that does not accept me even though I’m born that way. “Not everyone is fortunate enough to be born heterosexual. If there was a little less discrimination and a little more sympathy or Christian charity, people would stop hating.” The Independent reports that Laura Boldrini, the President of the Chamber of Deputies, responded to the letter by inviting Mr Tancredi to parliament to discuss LGBT rights with him. “I have a daughter not much older than you, and I’m deeply disturbed by your cry for help,” she wrote. “A country that considers itself civilised cannot afford to live without a law against ‘homophobia, an evil that drives many young people to take their own lives,” she added, criticising Italy’s lack of anti-discrimination laws. ILGA-Europe’s 2013 report states that Italy is not taking any legislative initiatives despite having a “relatively high level” of violent homophobia and transphobia. Boldrini has angered the Italian right by defying her neutral position as speaker to make statements on social issues such as LGBT rights. On the International Day Against Homophobia and Transphobia this month she gave a speech condemning macho culture for reducing “women to objects and homosexuals to caricatures.” Earlier this month a junior equalities minister lasted less than 24 hours in her post as a member of Italy’s new coalition government, after she said that gay people invite discrimination by “ghettoising” themselves.
Having returned to professional sport after a short retirement, openly gay player Robbie Rogers is with US team LA Galaxy, coming back to excellent support and a win in his debut game. Former Leeds United player Robbie Rogers made his historic debut in Major League Soccer, playing for LA Galaxy, who won against the Seattle Sounders 4-0 last night. He made the debut less than 24 hours after officially signing for the team, as MLS confirmed it had received his international transfer papers, stepping off the bench to a standing ovation from Galaxy fans. Writing on Instagram, Rogers said: “An exciting future lies ahead, not only for me but for our society,” beside a picture of him posing with the LA Galaxy scarf and kit. Rogers quit professional football in January, shortly before coming out as gay. He had returned to training with the Los Angeles team three weeks ago, and is now the first openly gay Major League Soccer player. He said he was inspired to return to the sport after attending the Nike Be True LGBT Youth Forum in Portland last month. “I seriously felt like a coward,” he said. “These kids are standing up for themselves and changing the world, and I’m 25, I have a platform and a voice to be a role model. How much of a coward was I to not step up to the plate. “I was a little scared to put myself back in that situation but after the first few days I was like, ‘wow, I miss this, I love this,’” Rogers said. “Once I got on the field, I felt really normal. More normal than I ever did in the past. I just want to be able to compete. Every day in training, make my team better and prove myself.” Rogers would no longer be the only openly gay Major League player, since in April NBA star Jason Collins confirmed he is gay in an article to Sports Illustrated magazine. He said: “I’m a 34-year-old NBA center. I’m black. And I’m gay.”

Reese Ditahan Kerana Ingkar Arahan Polis

Posted by Unknown On 6:01 AM | No comments
Pelakon filem Legally Blonde, Resse Witherspoon ditahan polis selepas dirinya dikatakan berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis yang menahan suaminya, Jim Toth kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Selain itu, pelakon itu juga mengingkari arahan polis yang bertugas yang menyuruhnya untuk duduk serta jangan mencampuri urusan polis dengan suaminya ketika itu.
Witherspoon dengan lagak bersahaja menyoal, “anda tahu siapa saya? Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita”.
Menurut sumber Sky News, selepas insiden memalukan itu, Witherspoon dilaporkan berkata, “saya mabuk pada ketika itu dan saya berasa sangat malu dengan segala apa yang saya kata sebelum ini”.
“Ianya merupakan situasi yang menakutkan dan saya berasa takut dengan dengan apa yang menimpa suaminya saya, tapi itu bukannya alasan (untuk ingkar arahan polis),” katanya.
Pelakon genit itu juga menyatakan kekesalannya serta telah meminta maaf kepada polis tersebut di atas kelakuan buruknya itu.

Cambodia : Chun cheat khmer by Huoy Meas


All the flowers of all the tomorrows are in the seeds of today.
               -- Indian Proverb

Somleng Guitar - Kanha

Neymar Umum Sertai Barcelona

Posted by Unknown On 1:07 AM | No comments
Bintang Brazil, Neymar menerusi akaun Instagram miliknya hari ni menyatakan yang dia bakal menyertai Barcelona, musim depan sekali gus memberi tamparan hebat buat Real Madrid yang turut berminat mendapatkan khidmat penyerang muda itu.
“Pada Isnin (esok), saya akan menandatangani kontrak dengan Barcelona. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Santos untuk sembilan tahun yang cukup hebat ini,” kata pemain berusia 21 tahun itu.
Santos menerima tawaran daripada Barcelona dan Real yang mahu membeli Neymar daripada kelab Brazil itu tetapi selepas pendedahan Neymar, Barcelona akhirnya mengesahkan perpindahan itu.
“Barcelona dan Santos sudah bersetuju dengan terma-terma untuk mendapatkan Neymar. Penyerang Brazil itu akan menyarung jersi Barcelona untuk lima musim akan datang,” demikian kenyataan dalam laman web rasmi kelab Sepanyol itu.
Iklan Teks:

PENYANYI terkenal Mariah Carey hampir mengalami situasi memalukan apabila zip gaun rekaan Donatella Versace yang dipakai terbuka dan hampir mendedahkan payudaranya dihadapan peminat.
Ketika kejadian, Mariah, 43, sedang berbual dengan hos program Good Morning America (GMA) yang disiarkan secara langsung pada Jumaat lalu dan menyedari zip baju tersebut terbuka.
Bagaimanapun Mariah dengan pantas meletakkan tangannya pada bahagian dada agar payudaranya tidak terdedah.
“Saya sayangkan anda Donatella (Versace) tapi ia terbuka, sayang,” katanya secara spontan ketika kejadian itu berlaku.
Tindakan pantas daripada pembantunya telah menyelamatkan keadaan tersebut.
Mariah muncul pada program berkenaan untuk menjayakan konsert mini GMA bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul #Beautiful duet bersama Miguel.
Pada acara itu, Mariah turut menyampaikan tiga buah lagu untuk peminat yang hadir ke konsert berkenaan iaitu Always Be My Baby, We Belong Together dan #Beautiful.


PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah mengakui tumpuannya kepada projek filem pada tahun ini telah menyebabkannya jarang muncul di televisyen sejak akhir-akhir ini.
Izara bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia tidak mahu lagi berlakon dalam drama sebaliknya akan menerima tawaran sekiranya ia sesuai.
“Saya kelihatan menyepi mungkin kerana jarang berlakon drama untuk TV3 pada tahun ini kerana sebelum ini banyak lakonan saya untuk siaran stesen tersebut.
“Tambahan pula tahun ini memang saya memberi tumpuan kepada projek filem dan jadual sangat penggambaran sangat padat,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Izara berkata, dia tidak bimbang popularitinya dikatakan merundum gara-gara jarang muncul di televisyen kerana sedar tidak banyak karya terbaharu menampilkannya.
Jelas Izara, dia juga melihat perkara itu dari sudut positif kerana jika terlalu kerap muncul bimbang ia akan membuatkan penonton bosan.
“Jika terlalu kerap muncul takut orang bosan pula dan biar sesuatu kemunculan itu dapat meninggalkan kesan kepada penonton,” ujarnya.
Sementara itu, Izara berkata, dia kini sedang dalam proses menyiapkan lima buah filem dan mengakui jadualnya cukup padat sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri.
Bagaimanapun kata Izara, kepercayaan yang diberikan adalah satu peluang untuk dia buktikan kemampuan diri sebagai seorang pelakon dan mengakui menimba pelbagai ilmu daripada pengarah-pengarah yang dia bekerjasama.
“Alhamdulillah rezeki murah tahun ini dengan pelbagai tawaran filem dan kepercayaan mereka tidak akan saya sia-siakan,” katanya.
Izara bakal muncul dengan lima buah filem iaitu Showdown The Movie, Sejoli, Pilot Cafe, KL Zombie dan Balun

Selepas putus cinta dengan Rihanna beberapa minggu lalu, Chris Brown nyata tidak menunggu terlalu lama untuk kembali berpasangan.
Brown dilaporkan kembali berhubungan dengan bekas kekasihnya, Karrueche Tran.
Tran juga dilaporkan sudah mengangkut semua pakaiannya untuk tinggal di kediaman mewah Brown yang terletak di Hollywood Hills.
Brown sebelum ini pernah memutuskan hubungannya dengan Tran pada Oktober lalu semata-mata untuk kembali berbaik dengan Rihanna.
Penyanyi yang popular dengan lagu With You ini sememangnya dikenali dengan hubungan ‘on and off’ bersama Rihanna.
Adakah hubungan kali kedua Brown dan Tran ini akan kekal bahagia buat selamanya?
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.


Sekarang, jualan tiket filem francais Too Fast Too Furious 6 atau dikenali sebagai Fast 6 sedang laku macam goreng pisang panas!
Namun apa yang ingin dikongsikan penulis ialah mengenai betapa terkejutnya reaksi yang ditunjukkan oleh para pelakonnya iaitu Vin Diesel, Michelle Rodriquez, Gina Carano dan Luke Evans terhadap harga pasaran kereta yang terdapat di Singapura.
Wartawan yang menemuramah mereka meminta keempat-empat pelakon terkenal Hollywood itu untuk meneka harga kereta yang dinyatakan dan ternyata semua tekaan mereka itu tersasar jauh daripada harga sebenarnya.
Sebagai contoh, Diesel begitu terperanjat besar apabila diberitahu kereta jenis Toyota Prius di Singapura berharga sebanyak USD154,000 berbanding tekaannya iaitu USD50,000.
Malah Diesel sempat berjenaka dengan mengatakan jangan membeli kereta di Singapura jika anda mahu menjadi warganegara yang bijak.
Nyata, harga kereta di negara republik itu tersangat tinggi kerana kerajaannya mahu penduduk di sana kurang membeli kereta untuk mengelakkan masalah kesesakkan jalan raya dan trafik di negara tersebut.
Apa-apa pun layan dulu video aksi spontan pelakon-pelakon hebat ini!


SHAH ALAM – Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran beberapa keping gambar di percayai mayat kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa Titisannnya Sakera.
Susulan penyebaran gambar tersebut, dua individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli barang di pusat membeli belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu.
Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka manusia dalam semak di tepi Sungai Klang, berhampiran kawasan perindustrian di Seksyen 26, di sini, petang semalam.
Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa bersama rakan baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah tersebut dengan menaiki sebuah teksi.
“Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa Dofi, terima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000.
“Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi, sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki teksi,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi laporan polis berhubung perkara itu.
Ketika ditanya bagaimana dia mengetahui berhubung Facebook terbabit, Hamsani berkata, dia mengetahui melalui bapa saudaranya.
“Setelah kami melihat gambar yang terdapat dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai oleh anaknya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan rangka manusia di kawasan terbabit, semalam.
Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika menunjukkan lokasi kejadian kepada polis.
“Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala Lumpur, awal bulan ini.”
“Susulan penemuan rangka itu, kita tahan seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang, hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan ahli kumpulan ‘Sakera’,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sinar Harian Online
Siapa yang tak berasa syahdu apabila mendengar lagu terbaru nyanyian Bruno Mars, When I Was Your Man kan.. Lagu yang dibikin cukup indah melodi dan liriknya itu turut menarik minat seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Kai yang merupakan seorang bintang Youtube untuk menyanyikan kembali lagu tersebut. Baru-baru ini, Kai telah dijemput menjadi tetamu undangan rancangan The Ellen DeGeneres Show dan dia telah menunjukkan bakatnya menyanyikan lagu tersebut dengan cara dan gayanya yang tersendiri. Sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu itu, penonton telah menghadiahkan tepukan yang gemuruh buat Kai yang comel itu. Jom kita layan dulu video Kai ini ya! Oleh: AUDREY LEE